#16 Cara Untuk Meningkatkan Jualan Tanpa Perlu Mengeluarkan Modal
Friday, 25 November 2016
Add Comment
Cara yang ampuh & berkesan dalam Meningkatkan Jualan Produk Barang boleh memakai pelbagai cara, sistem dan inovasi.
Semakin banyak orang yang anda jangkau, semakin banyak pula angka penjulan yang boleh anda capai. Simple.
Anda boleh menjadi pereka baju dalam ternama, atau seorang pembuat sandwich ternama di seluruh dunia, tetapi jika anda gagal memasarkan Brand anda, dan cutomer tidak mengenal anda, bagaimana cara anda menjual produk anda?
Oleh kerana itu,
marketing merupakan perkara yang harus benar-benar diperhatikan untuk seorang entrepreneur.
Walaupun begitu, hal yang paling penting yang perlu anda perhatikan dalam marketing anda pertama-tama adalah strategi marketing yang baik.
Jangan sia-siakan seluruh dana anda untuk sat chanel saja, tapi lihatlah segala peluang yang boleh anda manfaatkan untuk mencapai jualan yang lebih luas dan lebih jauh lagi.
Hal penting lain yang perlu anda ingat bahawa marketing merupakan hal yang terus berubah, maka anda pun mesti boleh terus membuat pembaharuan.
Berinovasilah sehinga produk yang anda jual boleh berbeza dari produk-produk yang ada di pasaran.
Berikut ini adalah 16 cara lain untuk menjual produk dan perniagaan anda:.
#1. Buatlah pembeli anda sebagai agen promosi anda
Pelanggan yang berpotensi akan umumnya mengenal produk anda daripada kenalan atau sahabat mereka, yang mengesyorkan produk anda.
Jadi, mengapa anda tidak memanfaatkan hal ini?
Anda boleh menbuat pelanggan anda menjadi seorang Brand Ambassador.
Anda boleh memberikan mereka diskaun khas jika mereka mengesyorkan produk anda kepada masyarakat luas.
#2. Buatlah pelanggan anda menjadi fans produk anda
Anda perlu melihat bagaimana Steve Jobs boleh membuat beribu orang mencintai dirinya, dan sangat setia dengan produk-produk yang ia lancarkan.
Anda perlu membuat produk, bahkan diri anda sendiri sangat menarik,
sehingga semua orang tertarik untuk mempromosi kepada rakan mereka.
#3. Tawaran kad diskaun
Cara untuk memberikan hadiah kepada pelanggan anda yag loyal adalah dengan memberikan kad diskaun.
Hal ini dapat membantu membina kesetiaan orang-orang terhadap Brand anda,
dan mereka akan terus kembali lagi untuk menikmati diskaun-diskaun yang anda berikan.
#4. Minta testimonial dari pelanggan anda
Mintalah Testimonial dari pelanggan anda yang merasa puas dengan produk yang anda jual.
Hal itu dapat mempengaruhi masyarakat lain, kerana adanya pengalaman yang positif dari orang lain,
keyakinan akan produk anda boleh semakin berkembang.
#5. Bentukkan perkongsian
Untuk seorang peniaga tunggal, kadang-kadang kerjasama sangat diperlukan untuk membina Perniagaan yang lebih besar.
Bekerja sama dengan Perniagaan lain bermakna anda boleh mempunyai akses untuk pelanggan mereka.
Anda juga mempunyai orang-orang yang dapat mebantu anda melewati kesulitan-kesulitan dalam menghadapi permasalahan Perniagaan anda..
#6. Buatlah aktiviti sosial
Membantu sebuah organisasi sosial akan sangat berpengaruh untuk Brand perniagaan anda.
mempunyai dan membina hubungan yang baik dengan masyarakat dapat menaikkan pamor anda di dunia Industri, dan membantu jualan nantinya.
#7. Buatlah sebuah Pertandingan
Buatlah Sesuatu yang boleh dibicarakan orang ramai.
Buatlah sebuah pertandingan menarik yang boleh menjadi bahan pembicaraan orang-orang, dan boleh mengundang orang-orang untuk terlibat dengan Perniagaan yang anda jalankan.
Penglibatan itu tidak hanya sebatas sebagai pembeli, tetapi juga boleh terlibat secara langsung melalui pertandingan yang anda adakan.
#8. Cuba dan menangkan sebuah penghargaan Perniagaan
Masuk pencalonan anugerah di dunia Perniagaan tidaklah sesulit yang dibayangkan.
Untuk beberapa orang, perkara yang perlu dilakukan hanyalah sekadar mengisi aplikasi.
Jika anda berjaya, akhbar-akhbar tempatan boleh tertarik untuk membuat liputan perniagaan anda sehingga networking anda semakin luas.
#9. Buatlah business card yang menarik
Business card boleh dengan murah diperolehi dan boleh memberi kesan yang baik dari perniagaan anda.
Dengan business card, anda boleh terkesan profesional dan boleh membuat orang-orang mengingat Perniagaan anda.
Jika anda bertemu dengan pelanggan-pelanggan yang berpotensi, berikanlah kad Perniagaan anda.
Dengan begitu mereka dapat mengingati anda dan menghubungi anda di kemudian hari.
#10. Tulis sebuah berita
Tulislah sebuah berita yang mengandungi kandungan yang menjelaskan secara terperinci tentang perniagaan anda, dan apa yang membuat perniagaan anda berbeza dari yang lain.
Sasaran seluruh surat kabar yang dinilai relevan dengan perniagaan anda, dan jangan berhenti sampai disitu.
Sasaran juga website, majalah, dan radio yang sesuai dengan perniagaan yang anda jalankan.
#11. Gunakan media sosial yang berpengaruh, seperti Twitter.
Buatlah akaun Facebook dan Twitter, serta sosial media lain yang sedang berkembang pesat untuk perniagaan anda.
Anda perlu membuat orang-orang megenal dan peduli dengan produk anda.
Jika anda mempunyai sebuah kedai atau stand, tweet lah tentang hal itu, atau apa saja yang anda sediakan di kedai anda.
Tweet pula diskaun-diskaun yang ada di kedai anda, dan tweet lah hal-hal yang dapat menginfokan produk anda kepada masyarakat.
#12. Gunakanlah Facebook
Manfaatkalah Facebook untuk mengiklankan poduk anda secara percuma,
dengan cara membahagikan foto-foto dan berita-berita penting yang menarik yang boleh menarik minat masyarakat.
#13. Buatlah sebuah Website.
Untuk sebuah perniagaan yang ingin berkembang dan berjaya, sangat perlu dibuat sebuah laman web.
perkara pertama yang dilakukan customer saat ingin membeli sebuah produk adalah mencarinya melalui Google.
Sebuah laman web yang menarik boleh membuat perniagaan anda kelihatan profesional, dan meningkatkan kepercayaan pelanggan terhadap perniagaan anda.
sosial media yang anda gunakan juga harus dihubungkan dengan laman web anda.
#14. Marketing melalui e-mel
E-mel boleh memudahkan anda untuk berhubung dengan berjuta-juta orang hanya dengan satu butang "hantar".
Anda bahkan boleh mendapatkan calon-calon pembeli berpotensi melalui e-mel.
Cara mendapatkan customer pun mudah. Anda cukup memberikan ruang alamat e-mel untuk mereka isi, bila-bila masa mereka membeli produk dari anda,
sehingga hubungan anda dengan cutomer anda tidak terputus.
#15. Minta para pakar untuk menulis di laman web anda
Salah satu cara untuk membuat laman web atau majalah anda boleh dipercayai adalah dengan melalui testimonial para pakar.
Minta CEO dari syarikat tertentu menuliskan testimonial mereka dalam website anda.
Ini adalah cara yang baik untuk meningkatkan reputasi Perniagaan anda.
#16. Manfaatkan Youtube
Tidak hanya memanfaatkan sosial media untuk membantu mempromosikan Brand anda, anda juga boleh memanfaatkan Youtube untuk mempromosikan Branda anda.
Dengan memanfaatkan Youtube, anda boleh pengiklanan melalui visual dan Suara, yang boleh secara langsung menyentuh pelanggan anda.
Demikian #16 Cara Untuk Meningkatkan Jualan Tanpa Perlu Mengeluarkan Modal semoga bermanfaat.
0 Response to "#16 Cara Untuk Meningkatkan Jualan Tanpa Perlu Mengeluarkan Modal"
Post a Comment